Apa Dia

Ahad, 1 Mei 2011

ID: 54489-154-862B80EAF263816EDCD3BC3E47487B1A

Proton Saga Facelift R3 2011 Concept Di Thai Motor Expo

Saga R31 (Gambar)Proton Saga Facelift R3 2011 Concept Di Thai Motor Expo
Proton Proton Saga Facelift R3 2011 Concept di Thai Motor Expo ini memang mengancam.Nampak berlainan sekali. Gaya, agresif, sporty, memang nampak betul perubahan yang dibuat oleh Team Proton R3.
Tidak dapat dipastikan samada model ini akan diproduksikan atau tidak, namun setelah melihat foto-foto ini, rasanya, berkemungkinan ianya bakal menular di jalanraya sedikit masa lagi. Pasti perubahan yang menarik seperti yang pernah dibuat sebelum ini ke atas Proton Satria Neo R3. Ada juga berita Proton Inspira juga bakal mendapat sentuhan Team Proton R3.
tapi, kami rasa harganya pasti mencecah hampir RM 60,000. Kalau macam tu, peminat-peminat Proton Saga BLM kena tunggu “kedai-kedai abang”  untuk pengeluarkan bodykit yang serupa.Apa-apa pun, layan gambar-gambar Proton Saga Facelift R3 2011 di bawah.
Saga R32 (Gambar)Proton Saga Facelift R3 2011 Concept Di Thai Motor Expo
Saga R33 (Gambar)Proton Saga Facelift R3 2011 Concept Di Thai Motor Expo
Saga R34 (Gambar)Proton Saga Facelift R3 2011 Concept Di Thai Motor Expo
Saga R5 (Gambar)Proton Saga Facelift R3 2011 Concept Di Thai Motor Expo
Saga R36 (Gambar)Proton Saga Facelift R3 2011 Concept Di Thai Motor Expo
Saga R37 (Gambar)Proton Saga Facelift R3 2011 Concept Di Thai Motor Expo
Saga R38 (Gambar)Proton Saga Facelift R3 2011 Concept Di Thai Motor Expo
Kredit foto oleh Paultan.org.
Apa pendapat anda mengenai Proton Saga Facelift R3 2011 ini?

Proton Satria Neo Supercharged-Edisi Penghargaan Lotus Renault

Proton Satria Neo R3 Supercharged 1 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault
Proton Motorsports, sekali lagi tampil dengan projek terbaru selepas versi Proton R3 Satria Neo berjaya dilancarkan dengan jayanya. Sekarang sempena sukan permotoran Formula 1 yang bakal diadakan di Sepang pada 8-10 April, sebagai penghargaan (tribute) kepada pasukan Lotus Renault GP yang membawa jenama Group Lotus dan Proton, sebuah lagi versi edisi khas Satria Neo R3 iaitu Proton Satria Neo Supercharged.trans (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault
Proton Satria Neo R3 Supercharged 2 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault
Kali ianya lebih berkuasa dengan penggunaan unit supercharger di bahagian enjin, meningkatkan kuasa kuda kepada angka 175hp dan 200Nm, lebih berkuasa dari versi Satria Neo R3 Lotus Racing.
Proton Satria Neo R3 Supercharged 3 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus RenaultMengikut maklumat dari sumber asal, unit supercharger itu dibekalkan oleh sebuah syarikat dari Australia bernama Sprintex, di mana supercharger itu dikatakan mampu meningkatkan kuasa kuda dan tork enjin CamPro, sesuai jika digunakan terhadap model Proton seperti Proton Exora. Jika benar, mungkin pemilik Exora mendapat idea bagaimana cara untuk meningkatkan prestasi MPV mereka itu yang agak kurang berkuasa.
Proton Satria Neo R3 Supercharged 4 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus RenaultSatu lagi antara yang menarik perhatian ramai ialah penggunaan corak yang sama pada jentera F1 Lotus Renault GP, seperti penggunaan warna hitam sebagai latar belakang dan garisan berwarna perak, kelihatan sporty dan memberikan kesan eksklusif sebagai makluman bahawa ini merupakan Satria Neo R3 versi Lotus Renault GP.
Proton Satria Neo R3 Supercharged 5 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus RenaultTidak pula diketahui samada edisi ini akan dijual atau hanya sempena Perlumbaan F1 yang akan berlangsung nanti.Sebelum lebih banyak maklumat berkenaan model ini didedahkan secara rasmi atau pun tidak, anda boleh saksikan dahulu gambar-gambar untuk melihat kehebatan jentera yang mendapat inspirasi dari pasukan Lotus Renault GP ini.
proton satria neo r3 supercharged 6 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault
proton satria neo r3 supercharged 7 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault

proton satria neo r3 supercharged 8 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault

proton satria neo r3 supercharged 9 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault

proton satria neo r3 supercharged 10 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault
P.S.Macamana? Menarik tak Proton Satria Neo Supercharged ni?
kredit gambar:FastMotoring
sumber:Arenakereta
  Pautan...
http://beritasemasa.com/gambar-proton-satria-neo-supercharged-edisi-penghargaan-lotus-renault

.Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2011

sambutan hari pekerja 2011 Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2011

Sambutan Hari Pekerja 2011 diraikan pada hari ini. Hari Pekerja mula diiktiraf kerajaan pada 1973 apabila ia mengisytiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum. Mulai 1991, kerajaan turut menganjurkan Perhimpunan Hari Pekerja secara tetap setiap tahun sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara.Perhimpunan yang disertai pekerja sektor awam dan swasta juga bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak kerajaan, majikan dan pekerja.
Pada tahun ini, perhimpunan yang bertemakan ‘Pekerja Merealisasi Transformasi Negara’ akan diadakan pada 7 Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.Sebagai penghormatan kepada golongan pekerja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyampaikan amanat khas pada perhimpunan berkenaan. 

ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua golongan masyarakat di Malaysia Ketepikan seketika isu politik,semasa dan sebagainya.Manfaatkan cuti pada Hari Pekerja ini untuk aktiviti berfaedah.

pautan...
http://beritasemasa.com/selamat-menyambut-hari-pekerja-1-mei-2011#more-16250

LIGA SUPER 2011 – KELANTAN RAMPAS TAKHTA LIGA

KITO MENANG LAGI.....

Kelantan FA berjaya merampas takhta Liga Super dari Selangor selepas  membenam pasukan Kuala Lumpur 2 – 0 di stadium sultan muhammed iv, kota bharu.
Kelantan FA membuka jaringan pada minit ke 26″ menerusi kapten pasukan Badhri Radzi yang merembat masuk bola menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur Azlan Razali hasil dari larian solo badhri radzi dari tengah padang untuk menceriakan lebih 25 ribu penyokong setia The Red Warriors.
Kelantan sepatutnya boleh menambah jaringan pada minit ke 64″ menerusi Mat Yo namun sepakannya agak tersasar dari pintu gol pasukan kuala lumpur.
Matyo Sekali lagi hampir menambah jaringan pada minit ke 74″ namun sepakannya terkena tiang gol walaupun penjaga gol kuala lumpur Norazlan Razali sudah pun tertewas.
Gol kedua kelantan akhirnya terhasil pada minit ke 80″ menerusi jaringan S. Chanturu yang memanfaatkan situasi kelam kabut dalam kotak penalti untuk merembat masuk menewaskan penjaga gol kuala lumpur Norazlan Razali.
Khairul Fahmi juga harus di beri pujian kerana menyelamatkan  2 3 percubaan merbahaya pasukan kuala lumpur.
Tamat Perlawanan menyaksikan Kelantan  menewaskan Kuala Lumpur 2 – 0.

Keputusan Perlawanan Lain
Felda 2 – 2 N9
T Team 0 – 0 Pahang
Perlis 1 – 2 Hmau Muda A
Johor FC 1 – 0 Sabah
Kedudukan LIGA SUPER 2011 Selepas Tamat 16 Perlawanan


DIHARAPKAN .....
pasukan kelantan FA terus menjadi hero dalam Liga super.....
Pautan...Artikel, KelantanFA.com, Liga Super

Rabu, 20 April 2011

JADUAL PENUH LIGA SUPER KELANTAN FA 2011

JADUAL LIGA SUPER KELANTAN FA 2011

JADUAL LIGA SUPER KELANTAN

Kedudukan Liga Super

Kedudukan Liga Super Selepas 13 Perlawanan


p/s... akhirnya menag juga pasukan "kawe".....

petikan dari ...http://kelantanfa.com/

Akhirnya.....berjaya juga gomo

MATYO “THE LINESMAN”

Shahrul Idlan Talaha

Sebut saja Shahrul Idlan Talaha, ramai sudah terbayang akan kehebatan beliau melakukan “skill” hebat yang tidak mampu dilakukan oleh pemain di Malaysia.
Teknik yang menjadi “trademark” beliau ialah menggelecek pertahanan lawan dalam keadaan yang sukar iaitu di atas garisan sehingga ramai menggelarkan beliau sebagai Matyo “The Linesman”.
“Mat yo” juga adalah penjaring terbanyak liga super setakat ini dengan 9 gol hasil daripada 13 perlawanan.Bukan sahaja memiliki peranan sebagai “pencetak gol”, penyerang disegani ini juga sudah melakukan 8 “assist” dalam saingan liga super untuk membantu pasukan Kelantan mempunyai jaringan terbanyak setakat ini dengan 29 gol.
Pada aksi menentang Perlis semalam, beliau yang di gantung satu perlawanan ketika menentang sabah kerana mendapat 3 kad kuning telah menjaringkan dua gol awal untuk membantu Pasukan Kelantan mencatatkan kemenangan 5 – 1 ke atas Perlis dan membolehkan Pasukan Kelantan naik satu anak tangga di tangga ke – 3 di belakang pasukan selangor dan terengganu.
Semoga Norshahrul Idlan Talaha kekal dengan prestasi terbaiknya sepanjang saingan liga malaysia 2011.

Sabtu, 16 April 2011

hotel cadangan di langkawi.....trip on oktober 2011

kalau dimurahkan rezeki bulan oktober dapat lah aku n my lovely wife...n ny child ke langkawi....rasa memang pergi sebab tiket Air asia dah booking...sekarang soal peginapan belum ada lagi...banyak cadagan hotel anratanya...

1. KONDO ISTANA HOTEL...
2. Bayview Hotel
3. Delta Motel & Restaurant ..TEPI PANTAI
DAN BANYAK LAGI.....

Apa yang aku inginkan .....pada tahun 2011

hahaha......banyak perkara duk fikir dan banyak benda nak beli tapi kadang2 tak cukup bajet..atau dalam bahasa mudah over flor bajet... tapi rasanya antara benda yang perlu tahun 2011 antaranya....




p/s bila nak simpan duit hahahahaha

Minggu Final Exam

Alhamdulillah sedar tak sedar aku dah final exam untuk tahun kedua USM.....harap semua berjalan lancar dan baik semuanya...pening kepala pelajaran 1 tahun study dalam masa 3 hari untuk final hahahaha kelakar pun ada.Abis macam mana ni....soal kerja satu hal...bab keluarga biasa lah....yang paling penting jiwa ni kalau tak ada tekanan nak exam tak baca buku pa tah lagi nak buka buku....dah nak exam baru gelabah gilerrr....Ape-ape pun ce cerita ce  cerute......


Sabtu, 2 April 2011

Lama tak entry

Sejak akhir-akhir ini sibuk sepanjang masa...dalam kesibukan dapat juga aku balik kampung kejap...tengok kedua org tua ku semuanya sihat...bulan april memang sibuk...bilah dah cecah 13hb.April hingga 28hb April 2011 aku duk sibuk nak study for Final Exam ....harap dapat lah...
soal kerja tak pernah habis...sesibuk memanjang....
ape-ape pun balik rumah layan Hantu Kak Limah hahahahah..ce cerita..ce cerita.....

Rabu, 9 Mac 2011

Ahad, 6 Mac 2011

Kau Buat Malaysia Bangga

PEMAIN Pelita Jaya FC, Mohd Safee Mohd Sali (kiri) bersaing dengan pemain Srivijaya FC, Claudiano Dos Santos pada perlawanan Liga Super Indonesia di Stadium Singa Perbangsa, semalam. - Foto Fariz Iswadi Ismail
Permulaan impianGOL ini hadiah untuk penyokong Pelita Jaya dan peminat di Malaysia yang banyak memberi semangat kepada saya selama ini,” kata Safee Sali, semalam.

Penyerang Pelita Jaya FC itu membuat permulaan sempurna - meledak gol tunggal kemenangan untuk Pelita Jaya FC menewaskan pasukan tangga keenam, Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa, Karawang - sekali gus mencetus harapan baru buat kelab tangga tercorot Liga Super Indonesia itu.
Sentuhan itu turut mengangkat namanya sebagai idola baru terutama ribuan penyokong setia Pelita Jaya yang mengharapkan kehadirannya mampu menjulang semula kelab berkenaan dalam kedudukan liga, selepas membalas dendam kekalahan 1-2 kepada lawan itu dalam perlawanan terakhir pusingan pertama di Gelora Jakabaring Memang sasaran saya untuk menjaringkan gol hari ini (semalam), dan saya bersyukur dapat melunasnya. Saya harap permainan kami akan semakin meningkat selepas ini dan seterusnya memperbaiki kedudukan pasukan daripada tangga tercorot liga.”

Selain Safee, kehadiran dua lagi pemain import dari Scotland dan Australia - Christopher Doig dan Troy Hearfield - turut mengubah corak Pelita Jaya yang dilatih Milodrag Radovic apabila menguasai hampir keseluruhan permainan, malah Safee memperoleh peluang seawal minit kedua tetapi tandukannya tersasar.

Gandingan Safee dan Ramirez di jentera serangan mengkucar-kacirkan pertahanan lawan tetapi tiada hantaran tepat dilakukan kepada kedua-dua penyerang itu menyebabkan kedudukan kekal tanpa jaringan pada babak pertama.

Namun Pelita Jaya terus menguasai babak kedua dan selepas Ramirez juga melihat sepakan padunya ditepis penjaga gol lawan, gerakan baik dengan Safee menghasilkan gol apabila bekas penyerang Selangor itu meledak rembatan leret kemenangan pada minit ke-62.
Pelita Jaya akan bertemu seteru setempat yang menduduki tangga ke-11, Persib Bandung di gelanggang sama, 12 Mei ini.
petikan dari...
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Permulaanimpian/Article

Sabtu, 5 Mac 2011

Tazkirah : Iblis disaat sakaratul maut

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1
    Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
    Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
    Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
    Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
    Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

    Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
    Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.”
    Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.”
    Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
    Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
    Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

    Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
    Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

p/s:...Berdoalah semoga nyawa kita diahkri dengan kalimah "Laa Ilaaha Illallah"....
 ehsan....
dari..http://www.fazamania.com/2006/04/03/tazkirah-iblis-disaat-sakaratul-maut/

Kain Kapan Termahal Di Dunia


Ini merupakan kain kafan BVLGARI yang asli.Hanya dijual kepada orang-orang kaya di Arab Saudi.Astarghfirullahalazim , walaupun kain kapannya harga beratus-ratus ribu itu belum tentu boleh menjamin kita di alam kubur dan akhirat.....
p/s:....segala kekayaan di dunia tidak mampu untuk membayar semuanya di akhirat selain dari amal ibadat yang tulus kepada Yang Maha Esa.....

ehsan....
http://www.fazamania.com/2010/10/21/kain-kapan-termahal-di-dunia/

Menakjubkan ! Piranha gergasi di dunia berjaya ditangkap

Menakjubkan ! Piranha gergasi di dunia berjaya ditangkap

Pemancing Britain, Jeremy Wade berjaya  menangkap ikan spesies piranha ketika menyertai ekspedisi memancing di Sungai Kongo, Afrika.Ikan harimau gergasi itu adalah antara ikan air tawar yang digeruni di dunia dan dikatakan lebih besar dan bahaya berbanding spesies piranha lain.
Ia memiliki 32 gigi yang saiznya sama dengan gigi ikan jerung putih dan diketahui menyerang manusia dan juga buaya.Hanya segelintir pemancing pernah menangkapnya kerana bahaya dan habitatnya yang sukar dijejaki.
Wade, hos rancangan River Monsters terbitan ITV berkata, dia begitu berhati-hati ketika menaikkan ikan berkenaan yang beratnya lebih 45 kilogram dan panjang 1.6 meter.Mengulas mengenai ikan itu, Wade berkata, amat sukar untuk menangkapnya lebih-lebih lagi oleh orang luar kerana habitatnya yang jauh di pedalaman.Dia yang menghabiskan masa lapan hari untuk menangkap ikan melepaskan semula ikan itu tidak lama selepas menangkapnya.

p/s...memang besar gilerrr..takut juga kalau ada kat malaysia..abis nelayan kena makan kat dia....

ehsan..dari...
web: http://www.fazamania.com/2010/10/21/menakjubkan-piranha-gergasi-di-dunia-berjaya-ditangkap/

Diskaun Saman Trafik Dilanjutkan

Selepas semua pejabat dan balai trafik Polis seluruh negara sesak 28 Februari lalu, keadaan menjadi sibuk semula selepas pengumuman Kabinet untuk melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac 2011 yang diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

p/s... mari lah kita sama-sama semak saman...kalau ada cepat bayar masa masih ada...dalam 5 hari...lagi...

Khamis, 24 Februari 2011

Kamus Emoticons Bergambar - Baru Ku Tahu...!!!

“Tolonglah…!” Contoh Ayat “Tolonglah Garukan Kurap Di Bahagian Belakang Saya Ni!”

Salam Buat Semua, Korang Pernah Tak Tengok Atau Menggunakan Emoticons Semasa Berchating Dengan Kawan-Kawan Korang Di Facebook,Twitter,YM, Dan Yang Sama Waktu Dengan Nya? Pernah Tak Korang Bayangkan Mimik Muka Kawan Korang Semasa Dia Menggunakan Emoticons Tersebut...? Kalau Tak, Aku Harap Gambar Ahmoi Cun Di Bawah Ni Dapat Membantu Korang... Hehehe...


Angry, hatred


Annoyed, troubled


Apathetic, dissatisfied, arrogant


Apologizing, being sorry or asking for a favor


Blushing of happyness


Burst into laughing


Cheeky and happy


Cheeky or slightly upset


Cheerful happy, as in “…yes!!!”


Crying


Embarrassed


Grumpy,annoyed


Happy,Laughing


Joyful,Happy


Joyful


Kissing,happy


Puzzled,confused


Sad,starting to cry


Scared,troubled or shocked


Shocked,disappointed


Shocked


Sleeping or sleepy


Sleepy or tired


Smiling


Snobbish,arrogant


Speaking apathetically


To make an excuse, to calm people down or a sad goodbye


Winking


Worried,feeling lost, insecure about something

Anak Sapa La Ni Kan...!!Chomel Je Aku Tengok. Rajin Dia Dok Buat Mimik Muka Cam Gini.. Nasib Baik Takde Emoticons Untuk Tahan Kentut... Kalau Tak Macam Mana Rupa Dia Kan... Hehehe...

Teriama Kasih...!!!

p.p.s:Emoticons Mana Yang Korang Selalu Guna @ Suka ?

ehsan....dari...
http://www.arealcelebrity.com/2010/10/kamus-emoticons-bergambar-baru-ku-tahu.html