Apa Dia

Khamis, 24 Februari 2011

Kamus Emoticons Bergambar - Baru Ku Tahu...!!!

“Tolonglah…!” Contoh Ayat “Tolonglah Garukan Kurap Di Bahagian Belakang Saya Ni!”

Salam Buat Semua, Korang Pernah Tak Tengok Atau Menggunakan Emoticons Semasa Berchating Dengan Kawan-Kawan Korang Di Facebook,Twitter,YM, Dan Yang Sama Waktu Dengan Nya? Pernah Tak Korang Bayangkan Mimik Muka Kawan Korang Semasa Dia Menggunakan Emoticons Tersebut...? Kalau Tak, Aku Harap Gambar Ahmoi Cun Di Bawah Ni Dapat Membantu Korang... Hehehe...


Angry, hatred


Annoyed, troubled


Apathetic, dissatisfied, arrogant


Apologizing, being sorry or asking for a favor


Blushing of happyness


Burst into laughing


Cheeky and happy


Cheeky or slightly upset


Cheerful happy, as in “…yes!!!”


Crying


Embarrassed


Grumpy,annoyed


Happy,Laughing


Joyful,Happy


Joyful


Kissing,happy


Puzzled,confused


Sad,starting to cry


Scared,troubled or shocked


Shocked,disappointed


Shocked


Sleeping or sleepy


Sleepy or tired


Smiling


Snobbish,arrogant


Speaking apathetically


To make an excuse, to calm people down or a sad goodbye


Winking


Worried,feeling lost, insecure about something

Anak Sapa La Ni Kan...!!Chomel Je Aku Tengok. Rajin Dia Dok Buat Mimik Muka Cam Gini.. Nasib Baik Takde Emoticons Untuk Tahan Kentut... Kalau Tak Macam Mana Rupa Dia Kan... Hehehe...

Teriama Kasih...!!!

p.p.s:Emoticons Mana Yang Korang Selalu Guna @ Suka ?

ehsan....dari...
http://www.arealcelebrity.com/2010/10/kamus-emoticons-bergambar-baru-ku-tahu.html

Rabu, 23 Februari 2011

cinta itu......

"kau yang memberikan aku harapan...kau berikan aku cinta...kau hanyutkan aku dalam khayalan mu....tapi mengapa baru sekarang kau katakan padaku..yang aku merimaskan mu...kenapa..kenapa..."masih tergial-gial dibenak fikiran syuk bila teringatkan bait-bait perkataan itu.Apa salah kah aku berbuat kebaikan atau salahkan aku ingin berkawan dan salahkah aku mencari teman...sehingga aku dituduh sedemikian rupa."Alah kau percaya dengan syuk...banyak sudah jadi mangsa dia..nampaknya kau yang seterusnya kau tengok lah nanti..hahahahah".itulah antara kata-kata sapaan yang selalu diterjemahkan untuk membandingkan betapa jahatnya aku pada mata dan pandangan mereka.
Hey syuk apa kau buat ha..sudah-sudah lah berangan-angan apa kau nak jadi mat jening ke....Aku kenal benar suara itu..siapalagi kalau bukan sepupu aku Ridzuan.Boleh dikatakan kami mebesar bersama-sama walaupun ibu bapa aku telah lama berpisah tapi hubungan aku dengan sepupuku masih utuh...kami satu sekolah yang sama.....
bersambung....

Selasa, 22 Februari 2011

Aku Risau....

Kesiannya bila melihat keadaan mylovely wife apabila dilabda resdung....teruk juga...lama dah dia tak macam tu..sampai kena baring..rehat baru keadaan akan okey....kelmarin aku bawa dia ke klinik Penawar cheking dengan doktor..ambil ubat..tapi keadaan masih tak berubah..tapi katanya makin kurang..tapi kerisauan aku  tak hilang2 lagi yah lah kat rumah mylovely nak kena take-care sorang lagi mychild aisyah si-civi memang aktif tahap 5....bab rumah bersepah-sepah aku dah tak heran lagi..bila anak-anak papa kerjakan..tapi bila diorang ganggu umi lah papa risau....kadang anak2 ni permintaan melibihi dari apa yang kita jangka...kadang hilang juga kesabaran tu...

aku ingat nak juga cari ubat resdung kat sini mana tahu..berhasil....

Ubat Resdung




Bedak Seduan
RM 15.90
Mencerah, melembut serta melicinkan kulit. Menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam dan gatal-gatal dimuka.
Cara Guna:Goncang dan sapu di muka bila perlu.



Bedak Resdung
RM 39.90
Dirumus daripada herba-herba & mutiara berkualiti tinggi bagi tujuan membantu melegakan resdung & gatal-gatal di muka. Ia Juga dapat membantu menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam & parut nipis muka. Selain daripada itu ia juga membantu mencerahkan, melembut serta menyegarkan kulit muka.
Cara Guna:Goncang dan sapu di muka bila perlu.



Toner Hidung
RM 9.90
Gatal muka, hidung berair, bengkak, tersumbat hidung, jerawat, jeragat, & parut kecil.
Cara Guna:Titik ke dalam hidung 2 titik pagi, 2 titik malam. Untuk jerawat, sapukan sahaja




Kapsul Resdung (50biji)
RM 29.90
Digunakan untuk melegakan resdung.
Gatal hidung, berair hidung, nafas berbau, jerawat, pening kepala, alahan makanan laut, kelumumur, rambut gugur, gatal muka, menanah & berair telinga.
Cara Guna:Makan 2 biji pagi, 2 biji malam (selepas makan)




Kapsul Resdung Plus (100 biji/ 10papan)
RM 119.90
Digunakan untuk mematikan virus sinus.
Gatal hidung, berair hidung, nafas berbau, jerawat, pening kepala, alahan makanan laut, kelumumur, rambut gugur, gatal muka, menanah & berair telinga. Ketumbuhan dalam hidung
Cara Guna:Makan 2 biji pagi, 2 biji malam (selepas makan)




Sabun Resdung Mutiara
RM22.90
Sabun resdung dengan adunan herba dan mutiara berkualiti tinggi membantu mencerahkan wajah, melegakan resdung, kegatalan muka dan muka berminyak. ia juga dapat membantu menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam dan parut nipis dimuka selain daripada membantu menegangkan dan menghaluskan kulit wajah.




Pewangi Resdung (Sinus) (10ml)
RM12.90
Rumusan daripada pati limau, ubi raja satong, dan ekstrak mutiara untuk mengatasi masalah nafas berbau, hidung tersumbat, hidung berair, kegatalan hidung dan juga selsema.
(Ambil 1 titis letak di atas jari, sedut melalui hidung kiri & kanan - 1 pagi, 1 malam)




Pencuci Telinga  (10ml)
RM12.90
Diformulasikan khas sebagai pencuci telinga, telinga bernanah, telinga berdengung dan masalah pendengaran.
(Basahkan putik kapas, kemudian masukkan ke dalam telinga dan tinggalkanya beberapa minit sehingga hilang bunyi)


boleh dikongsi bersama....

Ahad, 20 Februari 2011

Amalan dalam solat ikut sunnah Rasulullah




SAYA ingin bertanya apakah perbezaannya adab ketika bersolat, iaitu kenapakah ketika hendak rukuk, sujud dan lain-lain kita menyebut Allahuakbar tetapi ketika bangun dari rukuk kita menyebut Samiallahulimanhamidah

jawapan

NABI SAW bersabda dalam suatu hadis yang bermaksud: “Sembahyanglah kamu seperti kamu (mengetahui cara) aku sembahyang.”
Hakikatnya pada setiap perkataan, perbuatan, niat dalam solat yang kita lakukan itu hendaklah mengikut seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Hal itu bukanlah timbul melalui akal fikiran kita.

Contohnya, dalam permasalahan khuf atau memakai sarung kaki ketika musim sejuk iaitu kenapa perlu disapu bahagian atas tidak di bawah, Saidina Ali berkata: “Sekiranya agama itu dengan akal fikiran, nescaya sebelah bawah lebih patut disapu berbanding sebelah atas khuf (sarung kaki). Sesungguhnya aku melihat Rasulullah SAW menyapu pada sebelah atas kedua-dua khuf (sarung kaki).

Mengenai ucapan Samiallahualimanhamidah ketika bangun dari rukuk, ada hadis yang menyebut mengenainya.

Antaranya iaitu riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah (yang bermaksud): “Adalah Rasulullah SAW apabila Baginda mendirikan solat, Baginda bertakbir (mengucap Allahuakbar) ketika berdiri, kemudian bertakbir ketika rukuk, kemudian Baginda mengucapkan samiallahulimanhamidah, ketika mengangkat belakangnya daripada rukuk, kemudian Baginda mengucapkan ketika berdiri (iktidal), “Rabbana wa lakal hamd.”
Kemudian bertakbir ketika Baginda turun sujud. Kemudian bertakbir ketika mengangkat kepalanya. Kemudian Baginda melakukan seperti itu pada seluruh solatnya dan Baginda bangun dari dua rakaat sesudah duduk (tasyahud awal).

Erti “Samiallahualiman hamidah” adalah: Sudah mendengar Allah orang yang memuji-Nya. Dalam kitab Bujairimi ‘Ala Khatib, pada juzuk ke 2, halaman 57 menyebut [yang bermaksud]: Dan sebab mengenai Samiallahuliman hamidah, bahawa Abu Bakar as-Siddiq tidak pernah tertinggal solat di belakang Rasulullah SAW sekali pun. Maka pada suatu hari beliau datang pada solat Asar.

Beliau menyangka bahawa akan terlepas rakaat solat bersama Rasulullah SAW, maka beliau pun berdukacita dan tergesa-gesa masuk ke masjid. Lalu didapatinya, Baginda sedang bertakbir untuk rukuk, maka beliau mengucapkan Alhamdulillah dan beliau bertakbir di belakang Rasulullah SAW. Maka turunlah Jibril sedangkan ketika itu Baginda dalam keadaan rukuk. Jibril berkata, “Wahai Muhammad, sudah mendengar Allah orang yang memujimu, maka katakanlah Samiallahulimanhamidah [Sudah mendengar Allah orang yang memuji-Nya).

Dalam riwayat lain menyatakan: “Jadikanlah ia dalam sembahyangmu, maka diucapkan Baginda ketika bangun daripada rukuk. Dan sebelum kejadian itu, turun untuk rukuk dengan takbir dan bangun daripada rukuk juga dengan takbir. Maka jadilah ia suatu sunnah dengan berkat Abu Bakar as-Siddiq. Wallahua’lam.
rujukan dari ....
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PersoalanAgama_AmalandalamsolatikutsunnahRasulullah/Article

Sabtu, 19 Februari 2011

Tak sempat nak editor teks terbaru....

Maaf lah tak dapat nak edit apa-apa bahan tambahan hari ni..sibuk sikit...tapi nak cerita sedikit malam tadi kelantan menang lawan T-team tapi kemenangan tak berapa best sebab terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti...Kelantan menang 6-5....hampir-hampir kalah juga....tapi nasib sedikit berpihak kepada kelantan...berikut adalah sedikit catatan disadur dari Utusan malaysia...

Harimau A, Kelantan ke pusingan kedua

KUALA LUMPUR -- Juara Piala Malaysia, Kelantan terselamat dengan penentuan penalti untuk terus memburu gelaran kedua Liga Malaysia musim ini dengan menewaskan T-Team 6-5 sekali gus mara ke pusingan kedua bola sepak Piala FA, semalam.
Jejak kemaraan Wira Merah itu disusuli skuad bawah 22 tahun negara, Harimau Muda A yang menumpaskan Sinar Dimaja Maisarah Navy 4-0 dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama di Stadium Shah Alam.
Kelantan beroleh jaringan pembukaan menerusi Rizal Fahmi Rosid pada minit ke-51 sebelum disamakan oleh Indra Putra Mahayuddin dalam perlawanan pusingan pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu.
Kedua-dua pasukan bermain sehingga ke masa tambahan setengah jam setelah terikat 1-1 sepanjang 90 minit permainan sebenar biarpun kelab dari Terengganu itu menguasai sebahagian besar dengan mencipta sekurang-kurangnya enam peluang terbaik.
Gol Rizal Fahmi dicipta setelah dia menyempurnakan sepakan sudut dari sebelah kanan dengan tandukan yang menumpaskan bekas penjaga gol negara, Pahang dan Terengganu, Syamsuri Mustafa.
Namun Indra Putra yang mendapat umpanan silang daripada Harris Safwan Kamal, menangguhkan kegembiraan pelawat dengan rembatan voli sekali gus melegakan seketika T-Team yang dibimbing Yunus Aliff.
Penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha pula mensia-siakan peluang terbaik menyegerakan kelayakan Kelantan ke pusingan kedua setelah sepakan penaltinya pada masa kecederaan babak kedua tersasar tinggi.
Penentuan penalti kemudian dimenangi anak buah Datuk M. Karathu dengan keenam-enamnya disempurnakan oleh Norshahrul Idlan, Rizal Fahmi, Nurul Azwan Roya, Shakir Shaari, Daudsu Jamaludin dan Danial Fadly Abdullah.
Hanya Nor Fazly Alias yang gagal menyudahkan sepakan penalti keenam perlawanan untuk T-Team berbanding Indra Putra, Harris Safwan, Khairul Izwan Khalid, Badrul Hissani Rahman dan Shamsul Kamal Mohamad.
Sementara itu, penyerang K. Ravindran muncul wira Harimau Muda A dengan dua golnya ke atas kelab Pulau Pinang itu pada minit ke-11 dan 49 manakala dua lagi disumbangkan oleh Amer Saidin dan Mohd. Ferris Danial.

Jumaat, 18 Februari 2011

Tahukan Anda ??????


Kadang- kadang dalam kehidupan kita seharian  banyak benda yang kita tidak tahu walaupun itu sepatutnya kita tahu..."Tahukah Anda"..suatu topik yang senang dikatakan....oleh itu marilah bersama-sama kita baca fakta..berikut..untuk menambahkan lagi pengetahuan kita.....

 Fakta atau auta...
1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan  kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

 itulah semua fakta-fakta yang kita tidak tahu....sebenarnya kita tahu....
dikongsikan dari web...http://kahkahkah.mnazman

Jom jalan-jalan hujung minggu

Festival layang-layang sedunia 2011
 pasir gudang world kites festival



                                                    

Wah...hebat sungguh teringat semula segala kenangan aku samasa kecil dulu..hahahah aku lah jaguh kampung dalam permainan ini....tak kira panas ke hujan ke...yang penting bahagia...
selama hampir 8 tahun aku bermustautin di selatan tanah air ini tak pernah walau sekali pun aku jejakkan  kaki ke ..pasir gudang world kites festival...entah apa minpi rasanya nak pergi tahun ni...walau pun tarikh festival dah nak akhir aku masih sempat kot....
festival layang-layang ini bermula pada 16hb hingga 20hb.febuari 2011
Rasa nak bawa my lovely princes 2 orang tu layang permainan tradisional yang rasanya jarang sekali dapat dilihat dibandar-bandar....atau kampung-kampung..nak semakin pupus kot..
bagi mereka-mereka yang berada diluar negeri johor..pun masih sempat untuk menyaksikan kerana peluang cuti hujung minggu ini dapat lah dikongsi bersama keluarga...kalau nak datang senang aje... bagi mereka yang kurang arif atau kurang tahu bagaimana nak ke sana boleh lah berhubung dengan pihak tersebut...

1. JABATAN PELANCONGAN JOHOR TEL 07-2234935
2. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG TEL 07-254777

NOTA:..sama-sama kita memriahkan lagi......

Khamis, 17 Februari 2011

Amalan MALAM DAN HARI JUMAAT

Hari Jumaat merupakan penghulu bagi sekalian hari yang ada dalam seminggu. Justeru itu, pada hari Jumaat terdapat amalan khusus yang sewajarnya dilakukan bagi mendapat pahala sunat yang tidak ada pada hari yang lain.
Hari Jumaat atau dikenali juga dengan nama Sayyidul Ayyam (Penghulu segala hari) adalah hari yang utama. Hari yang mustajab doa, hari pertambahan kurnia daripada Allah swt, hari penuh keampunan dan barakah, hari untuk umat nabi Muhammad dan terpelihara dari fitnah kubur sesiapa yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat. Nah.... begitu istimewanya hari Jumaat!
Pada malam Jumaat , dita digalakkan membaca surah al-Kahfi dan surah Yassin. Juga membanyakkan zikir, doa dan selawat.Pada pagi Jumaat, Imam solat Subuh akan membaca Surah as-Sajadah dan akan sujud Sajadah. Juga digalakkan membaca Surah al-Insan, zikir, selawat dan membanyakkan doa.
Kepada kaum lelaki, disunatkan mandi sebelum solat Jumaat, memakai bau-bauan, bersegera ke masjid, memotong kukun dan misai, berjalan kaki ke masjid dan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan zikir. Kemudian Solat Jumaat dan mendengar Khutbah Jumaat.Digalakkan banyak berdoa kerana pada hari Jumaat ada waktu yang mustajab berdoa.
Justeru banyak kebaikan pada hari Jumaat, marilah kita terus beramal dan istiqamah melakukannya kerana ganjarannya yang hebat daripada Allah swt.

Nasihat dan menasihati satu amalan mulia.....

42 Nasihat Agama Yang Amat Berguna.

Dalam kehidupan kita seharian...tidak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan walaupun sekecil mana pun tetap berlaku..sama ada kita sedari atau tidak...sama ada telah membuatkan hati dan perasaan insan lain terguris...oleh perilaku kita ...marilah sama-sama kita berkongsi beberapa nasihat yang boleh diguna pakai...dan dijadikan amalan dalam hidup kita....
يحفظك “

1-Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.

” إذا لم تستح فاصنع ما شئت “

2-Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.

” أطب مطعمك تكن مجاباالدعوة “

3-Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.

” اتق الله حيثما كنت “

4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.

” اتْبع السيئة الحسنة تمحها “

5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.

” خالقِ الناس بخلق حسن “

6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.

” اتق المحارم تكن أعبد الناس “

7-Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.

” ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس “

8-Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.

” أحبّ للناس ما تحبّ لنفسك “

9-Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.

” لا تُكثر الضّحك فإنّكثرة الضحك تميت القلب “

10- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.

” الظّلم ظلمات يوم القيامة “

11-Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.

” اتقوا الله واعدلوا في أولادكم “

12-Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.

” اتق النار ولو بشقّ تمرة “

13- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.

” اتقوا دعوة المظلوم “

14- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.

” أثقل شيء في الميزان الخلق الحسن “

15- Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.

” التأني من الله والعجلة من الشيطان “

16-Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.

” قلة المال أقلّ للحساب “

17-Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.

” لا تغضب ولك الجنة “

18- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.

” أحبّ الأعمال إلىالله أدومها وإن قلّ “

19- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.

” أحب البلاد إلى الله مساجدها “

20-Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.

” أبغض البلاد إلىالله أسواقها “

21-Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.

” أحبّ الطعام إلى الله ما كثرت عليه الأيدي “

22-Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.

” أحب الكلام إلى الله أن يقول العبد سبحان الله وبحمده “

23-Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah  :

سبحان الله وبحمده

” أحب الناس إلى الله أنفعهم “

24-Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam  agama.

“أحبّ الأعمال إلى الله سرور تُدخله على مسلم “

25-Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.

” من كفّ غضبه ستر الله عورته “

26-Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.

” سوء الخلق يُفسد العمل كما يُفسد الخلّ العسل “

27- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.

” أحبّ عباد الله إلى الله أحسنهم خلقا “

28- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.

” إحذروا الدنيا فإنها خضرة حلوة “

29-Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.

” إحفظ لسانك “

30-Jagalah lidah kamu.

” أدّ الأمانة إلى من ائتمنك “

31-Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.

” لا تخن من خانك “

32-Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.

” أدعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة “

33-Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.

” بشروا ولا تنفروا “

34-Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.

” يسّروا ولا تُعسّروا “

35-Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.

” كل بيمينك وكل مما يليك “

36-Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.

” إذا آتاك الله مالا فليُر أثر نعمة الله عليك “

37-Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.

” إذا أتاكم كريم قوم فأكرموه “

38-Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.

” إذا أتاكم من ترضون دينه وخُلُقه فزوّجوه “

39-Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.

” إذا أراد الله بأهل بيت خيرا أدخل عليهم الرّفق “

40-Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.

” إذا أسأت فأحسن “

41-Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.

” إذا حاك في نفسك شيء فدَعْه

42-Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia.

kerana semua yang baik itu datangnya dari Allah....dan segala kelemahan adalah dari kita hambanya yang lemah....sama-sama kita manafaat...
nota .... ehsan dari web
http://peribadirasulullah.wordpress.com/

Rabu, 16 Februari 2011

Mendidik anak perempuan

"mendidik anak perempuan"....bunyinya macam senang...tapi betul ke senang semudah makan abc..
bagaimana cara mendidik anak perempuan ya....kalau nak dapatkan kepastian bacalah buku ini..rasanya yang terbaik dalam mendapat ilmu tambahan...

Pengarang: Abdul Mun'im Ibrahim
Penerbit: PTS Millenia

Sinopsis
Walaupun ramai ibu bapa pada zaman ini mementingkan pendidikan anak, namun masih ramai
yang fokus dan mengambil berat kepada aspek pendidikan akademik semata-mata berbanding
pendidikan rohani dan sahsiah diri. Justeru, buku Mendidik Anak Perempuan menyampaikan ilmu-
ilmu penting berkenaan pendidikan anak secara menyeluruh. Ia bagi memastikan ibu bapa pada
hari ini bersedia memberikan didikan rohani dan sahsiah diri kepada anak perempuan sejak lahir,
sehingga mereka berumah tangga kelak.

Kandungan
Definisi Baligh 2
Mendidik Anak Cara Islam 10
Bersikap Adil kepada Anak 34
Mendoakan yang Terbaik untuk Anak 52
Mendidik Anak Sejak Saat Kelahiran 80
Pengaruh Keadaan Sekeliling kepada Pendidikan Anak 112
Kaedah Ganjaran dan Hukuman 141
Mendidik Anak Perempuan Sebelum Berusia 6 Tahun Sehingga 3 Tahun 168
Mendidik Anak Perempuan Pada Usia 9 Tahun Sehingga 10 Tahun 199
Mendidik Anak dengan Akhlak yang Baik 240
Menerangkan Perkara-perkara yang Terlarang 275
Mengajar Ilmu Rumah Tangga 335
Perkara Penting Mendidik Anak Perempuan 368

nota....
bagaimana nak dapatkan buku ini..mudah aje..layari web dibawah ya...harga tak mahal...banyak lagi buku-lain....
Price: RM18.50

Projek Sisitem 5s



Apa agaknya aku dan staf-staf lain nak buat...bagi menyahut seruan kerajaan dalam men'5s kan ruang pejabat aku ini...pening kepala nak fikirkan bagaimana nak make-overkan supaya nampak lebih cun...dari yang biasa..cakap mulut memang senang..tapi nak zahirkan dalam bentuk fizikal memang susah...berikut adalag gambaran contoh yang akan diguna pakai dalam mengmake-overkan pejabat aku ini...
ruang koner lot ni mana lah aku nak buat.....
yang bahagian ini dah ada idea mana nak parking....

yang ini nampak simple kira kos memang ciput...


kalau minta bantuan depa ni lagi senang kok....cer cerita
note: nasib baik lah semua gambar tersebut ehsan dari jabatan perdana menteri.....kalau boleh nak buat klon lebih kurang lah ya...sebab nampak cantik sangat..harap maaf lah..bukan meniru atau pun ciplak...tapi menghargai...dengan penuh rasa bangga...