Apa Dia

Ahad, 6 Februari 2011

Penduduk Malaysia 2010 27.56 Juta Sahaja?

Mengikut laporan bancian Penduduk & perumahan 2010 yang dikeluarkan baru-baru, penduduk Malaysia sehingga tahun 2010 adalah sekitar 27,565,821 orang. Baru 27.5 juta? Sikit kadar pertumbuhan di Malaysia. Kalau disemak semula untuk 10 tahun terakhir ini hanya mencatat kadar pertumbuhan penduduk Malaysia hanya 2.1% sahaja.
  • Jumlah penduduk Malaysia yang terkini : 27,565,821 orang
  • 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan
  • 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara
  • Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunn negara. Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000
  • Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi dalam negara dengan 5,411,324 orang (19.63 peratus) setelah mencatat kadar pertumbuhan penduduk 3.17 peratus
  • Putrajaya yang mempunyai 67,964 penduduk mencatat pertumbuhan penduduk paling pesat iaitu 17.77 peratus akibat perpindahan kebanyakan pejabat kerajaan serta perpindahan penduduk ke kuarters kerajaan di situ.
  • Labuan, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan adalah antara negeri yang mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan penduduk
  • Mengenai kadar kesuburan penduduk, beliau berkata ia menurun kepada 2.3 peratus pada tahun lepas berbanding tiga peratus pada tahun 2000.
  • Dijangka pada tahun 2015 terdapat kemungkinan kadar kesuburan penduduk di Malaysia turun kepada 2.1 peratus seperti juga di negara maju

Tiada ulasan: