Apa Dia

Sabtu, 19 Februari 2011

Tak sempat nak editor teks terbaru....

Maaf lah tak dapat nak edit apa-apa bahan tambahan hari ni..sibuk sikit...tapi nak cerita sedikit malam tadi kelantan menang lawan T-team tapi kemenangan tak berapa best sebab terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti...Kelantan menang 6-5....hampir-hampir kalah juga....tapi nasib sedikit berpihak kepada kelantan...berikut adalah sedikit catatan disadur dari Utusan malaysia...

Harimau A, Kelantan ke pusingan kedua

KUALA LUMPUR -- Juara Piala Malaysia, Kelantan terselamat dengan penentuan penalti untuk terus memburu gelaran kedua Liga Malaysia musim ini dengan menewaskan T-Team 6-5 sekali gus mara ke pusingan kedua bola sepak Piala FA, semalam.
Jejak kemaraan Wira Merah itu disusuli skuad bawah 22 tahun negara, Harimau Muda A yang menumpaskan Sinar Dimaja Maisarah Navy 4-0 dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama di Stadium Shah Alam.
Kelantan beroleh jaringan pembukaan menerusi Rizal Fahmi Rosid pada minit ke-51 sebelum disamakan oleh Indra Putra Mahayuddin dalam perlawanan pusingan pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu.
Kedua-dua pasukan bermain sehingga ke masa tambahan setengah jam setelah terikat 1-1 sepanjang 90 minit permainan sebenar biarpun kelab dari Terengganu itu menguasai sebahagian besar dengan mencipta sekurang-kurangnya enam peluang terbaik.
Gol Rizal Fahmi dicipta setelah dia menyempurnakan sepakan sudut dari sebelah kanan dengan tandukan yang menumpaskan bekas penjaga gol negara, Pahang dan Terengganu, Syamsuri Mustafa.
Namun Indra Putra yang mendapat umpanan silang daripada Harris Safwan Kamal, menangguhkan kegembiraan pelawat dengan rembatan voli sekali gus melegakan seketika T-Team yang dibimbing Yunus Aliff.
Penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha pula mensia-siakan peluang terbaik menyegerakan kelayakan Kelantan ke pusingan kedua setelah sepakan penaltinya pada masa kecederaan babak kedua tersasar tinggi.
Penentuan penalti kemudian dimenangi anak buah Datuk M. Karathu dengan keenam-enamnya disempurnakan oleh Norshahrul Idlan, Rizal Fahmi, Nurul Azwan Roya, Shakir Shaari, Daudsu Jamaludin dan Danial Fadly Abdullah.
Hanya Nor Fazly Alias yang gagal menyudahkan sepakan penalti keenam perlawanan untuk T-Team berbanding Indra Putra, Harris Safwan, Khairul Izwan Khalid, Badrul Hissani Rahman dan Shamsul Kamal Mohamad.
Sementara itu, penyerang K. Ravindran muncul wira Harimau Muda A dengan dua golnya ke atas kelab Pulau Pinang itu pada minit ke-11 dan 49 manakala dua lagi disumbangkan oleh Amer Saidin dan Mohd. Ferris Danial.

Tiada ulasan: