Apa Dia

Sabtu, 5 Mac 2011

Menakjubkan ! Piranha gergasi di dunia berjaya ditangkap

Menakjubkan ! Piranha gergasi di dunia berjaya ditangkap

Pemancing Britain, Jeremy Wade berjaya  menangkap ikan spesies piranha ketika menyertai ekspedisi memancing di Sungai Kongo, Afrika.Ikan harimau gergasi itu adalah antara ikan air tawar yang digeruni di dunia dan dikatakan lebih besar dan bahaya berbanding spesies piranha lain.
Ia memiliki 32 gigi yang saiznya sama dengan gigi ikan jerung putih dan diketahui menyerang manusia dan juga buaya.Hanya segelintir pemancing pernah menangkapnya kerana bahaya dan habitatnya yang sukar dijejaki.
Wade, hos rancangan River Monsters terbitan ITV berkata, dia begitu berhati-hati ketika menaikkan ikan berkenaan yang beratnya lebih 45 kilogram dan panjang 1.6 meter.Mengulas mengenai ikan itu, Wade berkata, amat sukar untuk menangkapnya lebih-lebih lagi oleh orang luar kerana habitatnya yang jauh di pedalaman.Dia yang menghabiskan masa lapan hari untuk menangkap ikan melepaskan semula ikan itu tidak lama selepas menangkapnya.

p/s...memang besar gilerrr..takut juga kalau ada kat malaysia..abis nelayan kena makan kat dia....

ehsan..dari...
web: http://www.fazamania.com/2010/10/21/menakjubkan-piranha-gergasi-di-dunia-berjaya-ditangkap/

Tiada ulasan: