Apa Dia

Rabu, 20 April 2011

Akhirnya.....berjaya juga gomo

MATYO “THE LINESMAN”

Shahrul Idlan Talaha

Sebut saja Shahrul Idlan Talaha, ramai sudah terbayang akan kehebatan beliau melakukan “skill” hebat yang tidak mampu dilakukan oleh pemain di Malaysia.
Teknik yang menjadi “trademark” beliau ialah menggelecek pertahanan lawan dalam keadaan yang sukar iaitu di atas garisan sehingga ramai menggelarkan beliau sebagai Matyo “The Linesman”.
“Mat yo” juga adalah penjaring terbanyak liga super setakat ini dengan 9 gol hasil daripada 13 perlawanan.Bukan sahaja memiliki peranan sebagai “pencetak gol”, penyerang disegani ini juga sudah melakukan 8 “assist” dalam saingan liga super untuk membantu pasukan Kelantan mempunyai jaringan terbanyak setakat ini dengan 29 gol.
Pada aksi menentang Perlis semalam, beliau yang di gantung satu perlawanan ketika menentang sabah kerana mendapat 3 kad kuning telah menjaringkan dua gol awal untuk membantu Pasukan Kelantan mencatatkan kemenangan 5 – 1 ke atas Perlis dan membolehkan Pasukan Kelantan naik satu anak tangga di tangga ke – 3 di belakang pasukan selangor dan terengganu.
Semoga Norshahrul Idlan Talaha kekal dengan prestasi terbaiknya sepanjang saingan liga malaysia 2011.

Tiada ulasan: