Apa Dia

Ahad, 1 Mei 2011

ID: 54489-154-862B80EAF263816EDCD3BC3E47487B1A

Proton Saga Facelift R3 2011 Concept Di Thai Motor Expo

Saga R31 (Gambar)Proton Saga Facelift R3 2011 Concept Di Thai Motor Expo
Proton Proton Saga Facelift R3 2011 Concept di Thai Motor Expo ini memang mengancam.Nampak berlainan sekali. Gaya, agresif, sporty, memang nampak betul perubahan yang dibuat oleh Team Proton R3.
Tidak dapat dipastikan samada model ini akan diproduksikan atau tidak, namun setelah melihat foto-foto ini, rasanya, berkemungkinan ianya bakal menular di jalanraya sedikit masa lagi. Pasti perubahan yang menarik seperti yang pernah dibuat sebelum ini ke atas Proton Satria Neo R3. Ada juga berita Proton Inspira juga bakal mendapat sentuhan Team Proton R3.
tapi, kami rasa harganya pasti mencecah hampir RM 60,000. Kalau macam tu, peminat-peminat Proton Saga BLM kena tunggu “kedai-kedai abang”  untuk pengeluarkan bodykit yang serupa.Apa-apa pun, layan gambar-gambar Proton Saga Facelift R3 2011 di bawah.
Saga R32 (Gambar)Proton Saga Facelift R3 2011 Concept Di Thai Motor Expo
Saga R33 (Gambar)Proton Saga Facelift R3 2011 Concept Di Thai Motor Expo
Saga R34 (Gambar)Proton Saga Facelift R3 2011 Concept Di Thai Motor Expo
Saga R5 (Gambar)Proton Saga Facelift R3 2011 Concept Di Thai Motor Expo
Saga R36 (Gambar)Proton Saga Facelift R3 2011 Concept Di Thai Motor Expo
Saga R37 (Gambar)Proton Saga Facelift R3 2011 Concept Di Thai Motor Expo
Saga R38 (Gambar)Proton Saga Facelift R3 2011 Concept Di Thai Motor Expo
Kredit foto oleh Paultan.org.
Apa pendapat anda mengenai Proton Saga Facelift R3 2011 ini?

Proton Satria Neo Supercharged-Edisi Penghargaan Lotus Renault

Proton Satria Neo R3 Supercharged 1 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault
Proton Motorsports, sekali lagi tampil dengan projek terbaru selepas versi Proton R3 Satria Neo berjaya dilancarkan dengan jayanya. Sekarang sempena sukan permotoran Formula 1 yang bakal diadakan di Sepang pada 8-10 April, sebagai penghargaan (tribute) kepada pasukan Lotus Renault GP yang membawa jenama Group Lotus dan Proton, sebuah lagi versi edisi khas Satria Neo R3 iaitu Proton Satria Neo Supercharged.trans (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault
Proton Satria Neo R3 Supercharged 2 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault
Kali ianya lebih berkuasa dengan penggunaan unit supercharger di bahagian enjin, meningkatkan kuasa kuda kepada angka 175hp dan 200Nm, lebih berkuasa dari versi Satria Neo R3 Lotus Racing.
Proton Satria Neo R3 Supercharged 3 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus RenaultMengikut maklumat dari sumber asal, unit supercharger itu dibekalkan oleh sebuah syarikat dari Australia bernama Sprintex, di mana supercharger itu dikatakan mampu meningkatkan kuasa kuda dan tork enjin CamPro, sesuai jika digunakan terhadap model Proton seperti Proton Exora. Jika benar, mungkin pemilik Exora mendapat idea bagaimana cara untuk meningkatkan prestasi MPV mereka itu yang agak kurang berkuasa.
Proton Satria Neo R3 Supercharged 4 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus RenaultSatu lagi antara yang menarik perhatian ramai ialah penggunaan corak yang sama pada jentera F1 Lotus Renault GP, seperti penggunaan warna hitam sebagai latar belakang dan garisan berwarna perak, kelihatan sporty dan memberikan kesan eksklusif sebagai makluman bahawa ini merupakan Satria Neo R3 versi Lotus Renault GP.
Proton Satria Neo R3 Supercharged 5 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus RenaultTidak pula diketahui samada edisi ini akan dijual atau hanya sempena Perlumbaan F1 yang akan berlangsung nanti.Sebelum lebih banyak maklumat berkenaan model ini didedahkan secara rasmi atau pun tidak, anda boleh saksikan dahulu gambar-gambar untuk melihat kehebatan jentera yang mendapat inspirasi dari pasukan Lotus Renault GP ini.
proton satria neo r3 supercharged 6 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault
proton satria neo r3 supercharged 7 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault

proton satria neo r3 supercharged 8 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault

proton satria neo r3 supercharged 9 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault

proton satria neo r3 supercharged 10 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault
P.S.Macamana? Menarik tak Proton Satria Neo Supercharged ni?
kredit gambar:FastMotoring
sumber:Arenakereta
  Pautan...
http://beritasemasa.com/gambar-proton-satria-neo-supercharged-edisi-penghargaan-lotus-renault

.Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2011

sambutan hari pekerja 2011 Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2011

Sambutan Hari Pekerja 2011 diraikan pada hari ini. Hari Pekerja mula diiktiraf kerajaan pada 1973 apabila ia mengisytiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum. Mulai 1991, kerajaan turut menganjurkan Perhimpunan Hari Pekerja secara tetap setiap tahun sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara.Perhimpunan yang disertai pekerja sektor awam dan swasta juga bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak kerajaan, majikan dan pekerja.
Pada tahun ini, perhimpunan yang bertemakan ‘Pekerja Merealisasi Transformasi Negara’ akan diadakan pada 7 Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.Sebagai penghormatan kepada golongan pekerja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyampaikan amanat khas pada perhimpunan berkenaan. 

ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua golongan masyarakat di Malaysia Ketepikan seketika isu politik,semasa dan sebagainya.Manfaatkan cuti pada Hari Pekerja ini untuk aktiviti berfaedah.

pautan...
http://beritasemasa.com/selamat-menyambut-hari-pekerja-1-mei-2011#more-16250

LIGA SUPER 2011 – KELANTAN RAMPAS TAKHTA LIGA

KITO MENANG LAGI.....

Kelantan FA berjaya merampas takhta Liga Super dari Selangor selepas  membenam pasukan Kuala Lumpur 2 – 0 di stadium sultan muhammed iv, kota bharu.
Kelantan FA membuka jaringan pada minit ke 26″ menerusi kapten pasukan Badhri Radzi yang merembat masuk bola menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur Azlan Razali hasil dari larian solo badhri radzi dari tengah padang untuk menceriakan lebih 25 ribu penyokong setia The Red Warriors.
Kelantan sepatutnya boleh menambah jaringan pada minit ke 64″ menerusi Mat Yo namun sepakannya agak tersasar dari pintu gol pasukan kuala lumpur.
Matyo Sekali lagi hampir menambah jaringan pada minit ke 74″ namun sepakannya terkena tiang gol walaupun penjaga gol kuala lumpur Norazlan Razali sudah pun tertewas.
Gol kedua kelantan akhirnya terhasil pada minit ke 80″ menerusi jaringan S. Chanturu yang memanfaatkan situasi kelam kabut dalam kotak penalti untuk merembat masuk menewaskan penjaga gol kuala lumpur Norazlan Razali.
Khairul Fahmi juga harus di beri pujian kerana menyelamatkan  2 3 percubaan merbahaya pasukan kuala lumpur.
Tamat Perlawanan menyaksikan Kelantan  menewaskan Kuala Lumpur 2 – 0.

Keputusan Perlawanan Lain
Felda 2 – 2 N9
T Team 0 – 0 Pahang
Perlis 1 – 2 Hmau Muda A
Johor FC 1 – 0 Sabah
Kedudukan LIGA SUPER 2011 Selepas Tamat 16 Perlawanan


DIHARAPKAN .....
pasukan kelantan FA terus menjadi hero dalam Liga super.....
Pautan...Artikel, KelantanFA.com, Liga Super