Apa Dia

Ahad, 1 Mei 2011

LIGA SUPER 2011 – KELANTAN RAMPAS TAKHTA LIGA

KITO MENANG LAGI.....

Kelantan FA berjaya merampas takhta Liga Super dari Selangor selepas  membenam pasukan Kuala Lumpur 2 – 0 di stadium sultan muhammed iv, kota bharu.
Kelantan FA membuka jaringan pada minit ke 26″ menerusi kapten pasukan Badhri Radzi yang merembat masuk bola menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur Azlan Razali hasil dari larian solo badhri radzi dari tengah padang untuk menceriakan lebih 25 ribu penyokong setia The Red Warriors.
Kelantan sepatutnya boleh menambah jaringan pada minit ke 64″ menerusi Mat Yo namun sepakannya agak tersasar dari pintu gol pasukan kuala lumpur.
Matyo Sekali lagi hampir menambah jaringan pada minit ke 74″ namun sepakannya terkena tiang gol walaupun penjaga gol kuala lumpur Norazlan Razali sudah pun tertewas.
Gol kedua kelantan akhirnya terhasil pada minit ke 80″ menerusi jaringan S. Chanturu yang memanfaatkan situasi kelam kabut dalam kotak penalti untuk merembat masuk menewaskan penjaga gol kuala lumpur Norazlan Razali.
Khairul Fahmi juga harus di beri pujian kerana menyelamatkan  2 3 percubaan merbahaya pasukan kuala lumpur.
Tamat Perlawanan menyaksikan Kelantan  menewaskan Kuala Lumpur 2 – 0.

Keputusan Perlawanan Lain
Felda 2 – 2 N9
T Team 0 – 0 Pahang
Perlis 1 – 2 Hmau Muda A
Johor FC 1 – 0 Sabah
Kedudukan LIGA SUPER 2011 Selepas Tamat 16 Perlawanan


DIHARAPKAN .....
pasukan kelantan FA terus menjadi hero dalam Liga super.....
Pautan...Artikel, KelantanFA.com, Liga Super

Tiada ulasan: