Apa Dia

Ahad, 1 Mei 2011

.Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2011

sambutan hari pekerja 2011 Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2011

Sambutan Hari Pekerja 2011 diraikan pada hari ini. Hari Pekerja mula diiktiraf kerajaan pada 1973 apabila ia mengisytiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum. Mulai 1991, kerajaan turut menganjurkan Perhimpunan Hari Pekerja secara tetap setiap tahun sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara.Perhimpunan yang disertai pekerja sektor awam dan swasta juga bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak kerajaan, majikan dan pekerja.
Pada tahun ini, perhimpunan yang bertemakan ‘Pekerja Merealisasi Transformasi Negara’ akan diadakan pada 7 Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.Sebagai penghormatan kepada golongan pekerja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyampaikan amanat khas pada perhimpunan berkenaan. 

ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua golongan masyarakat di Malaysia Ketepikan seketika isu politik,semasa dan sebagainya.Manfaatkan cuti pada Hari Pekerja ini untuk aktiviti berfaedah.

pautan...
http://beritasemasa.com/selamat-menyambut-hari-pekerja-1-mei-2011#more-16250

Tiada ulasan: